Saturday, January 31, 2009

Februari 2009 - Raikan Cinta


"And even if the sun refused to shine, even if romance ran out of rhyme. You would still have my heart until the end of time. You're all I need my love, my Valentine"

Baru-baru ini saya berpeluang berbicara bersama seorang sahabat baru. Ditanya, apakah saya mencari cinta? Soalan yang tiada jawapan di lubuk hari saya. Lantas, soalan sama saya ajukan padanya. "Kalau diturutkan hati, memang serik untuk mencari lagi. Tetapi, bila kesunyian dan bila memerlukan seseorang disisi, ia membuatkan saya terdetik untuk berteman. Memang sahabat merata, tetapi mereka punya komitmen yang lain. Jadi, kenapa perlu takut bercinta?"
Dalam tempoh beberapa hari lagi, pasti ada yang dapat melihat kuntuman mawar dijual merata. Hey, the day is coming. Ramai yang mengambil peluang untuk meraikan lantas meluahkan rasa kasih serta cinta pada yang tersayang. Secara peribadi, tidak perlu ditunggu hari itu sahaja untuk meluahkan perasaan anda. Jika punya yang tersayang, jangan ada perasaan bosan serta letih untuk menyatakan betapa hebatnya cinta kamu padanya. Kerana, pada saya, dalam cinta, tidak pernah ada rasa bosan walau sekelumit kuman pun.
Siapa yang tidak pernah bercinta? Siapa yang tidak pernah melihat cinta? Saya pernah melihat betapa dalamnya cinta Kak Ina pada arwah abang saya (Syam). Ketika jenazah terbaring di rumah menanti hari esok untuk disemadi, Kak Ina tetap tidur di sebelah abang sambil memeluknya. Dan sehingga kini, Kak Ina masih lagi bersendiri tanpa pengganti. Begitu hebatnya cinta Kak Ina pada abang. Tetapi mungkin tidak sehebat cinta ibu pada abah. Mungkin lagi dahsyat jika saya dapat berkongsi cerita pengorbanan abah pada ibu.
Teringat ketika cinta mula-mula berputik. Segalanya indah. Sanggup melakukan apa sahaja demi untuk yang tersayang. Berkorban untuk yang tersayang, saya kira. Ketika itu, terasa amat bersemangat untuk hidup. Seakan tidak sabar untuk menunggu hari esok. Lebih-lebih lagi jika ada date pada besoknya. Hey, kalau boleh, mahu saja bertemu setiap hari. Rindu sangat ni. Masuk pejabat sentiasa tersenyum. Waktu seakan pendek. Bil telefon pasti melambung naik gara-gara asyik bergayut setiap masa. Cinta membuat kita angau.
Pernah saya terbaca satu artikel mengenai perhubungan sesama manusia. Dalam perhubungan, perlu ada pengorbanan. Perlu ada kepercayaan. Perlu ada komunikasi. Tiga perkara ini merupakan elemen penting dalam sesuatu perjanjian hidup. Ia seharusnya sentiasa diaplikasi seakan air sungai yang mengalir tanpa henti. Biarkan ia mengalir. Jangan disekat.
Memang bila bercinta selalunya indah. Tetapi bagaimana pula yang sudah putus cinta? Atau baru yang putus cinta. Saya sendiri sudah berkali-kali mengalaminya. Seakan lali rasanya. Walaupun cinta tiada lagi, tetapi memori tetap menghantui. Ah, bila berkias dengan emosi, rasanya jiwa akan parah. Ada yang menderita lebih teruk. Ada yang sanggup terjun bangunan demi cinta. Begitu kuatnya kuasa cinta. Memang benar bila putus cinta, kita menderita sehingga merasakan hidup tidak bermakna. Jiwa kita seakan mati.
Takut untuk bercinta? Kepada mereka yang masih mencari, rasanya ramai yang sudah matang untuk berfikiran secara rasional. Cinta sentiasa ujud disekeliling kita. Terpulang kepada kita untuk mengambil kesempatan yang ada. Tetapi bukan mengambil kesempatan untuk mempersenda emosinya. Jangan permainkan cinta. Kan cinta itu punya kuasa yang tidak terduga? Takut-takut nanti, kita jua yang merana walaupun pada awalnya kita yang ingin dia merana. Dan, jika bercinta, terimalah seadanya. Love he/she unconditionally. Seharusnya kita berbangga dengan yang tersayang. Tidak ada seorang manusia pun perfect didunia ini. Seorang teman mengingatkan saya, "Tuhan amat sukakan keindahan, maka Dia menciptakan segalanya yang indah, cantik. Tiada satu pun yang buruk".
Masih takut untuk bercinta? Oh, saya tidak. Saya sentiasa percaya, setiap yang terjadi, ada hikmahnya. Dan saya tidak akan berhenti untuk mencari. Tetapi satu yang pasti, cinta padaNya sentiasa tersemat di hati.

7 comments:

Batdeaz said...

cinta.... hmmm... it's a very deep word.. cinta menuntut pengorbanan dam adakalanya cinta juga bermakna you need to let him/her go.. aku doakan ko berjaya mencari cinta sejati yang mampu membuat ko bahagia hingga ke syurga

buyuiazliana said...

hey....lama giler hilang..or mmg betol u nak kuarkan blog till feb menjelma???or one blog for one month??maybe???

Warna-warna said...

hmmm...kalau ikutkan hati mau juga menulis setiap hari. Lantas berkongsi rasa serta emosi. Namun, atas desakan gaya hidup, ianya menjadi mustahil....

Malay Rhapsody said...

ingat pesanan ibu dulu,
cinta biar datang dari hati. cinta yang muncul dari mata indahnya cuma seketika...

oleh itu, pakailah eye-mo agar mata segar sentiasa!

happy valentine!

Er Lang said...

bagaimana jika bisa ku kata ku kenal seseorang yang telah acap benar, telah tidak terkira banyak kali die menuturkan kata kata aku jatuh cinta? aku cinta sia? namun akhirnya??? hm...akhirannya tetap suram!

Warna-warna said...

Er Lang, mungkin temanmu itu punya rasa cinta yang kaya.. Punya rasa cinta yang membara... Tidak semestinya seseorang yang berulang-kali jatuh hati itu tidak tulus serta ikhlas.... Itu adalah lantaran dari dari sifatnya yang tidak punya erti kata putus asa. Itu adalah hasil dari sifat yang tidak pernah menyesali kisah silam yang dikatakan duka. Lantas dia adalah seorang yang punya semangat untuk terus hidup dan sentiasa memberi peluang kepada dirinya sendiri.

Failish said...

Don’t try to forget, remembering makes you stronger so next time you will make wiser decisions for yourself.



I know it hurts, I’m so sorry. Something like this is never easy, but it will get better, and the pain will go away, I promise.