Sunday, December 28, 2008

Usah Lepaskan

Seharian berada di kampung. Saya agak malas untuk keluar. Memang saya bukan jenis suka merayau pun. Semak fikiran. Saya lebih suka merayau di bandar kelahiran saya, Kuala Kangsar jika diberi peluang. Penuh ketenangan, lebih-lebih lagi di hadapan Istana Iskandariah berhampiran tebing Sungai Perak itu.

Seharian melayan perasaan hanya berbaring di dalam bilik, saya membelek telefon bimbit. Dan lagu ini menarik perhatian saya, untuk di kongsi bersama.


USAH LEPASKAN

Yang terindah
Terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu sebegitu
Pudar kah sudah cinta yang ku beri
Berwarna warni segala
Yang dijanjikan ia

Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu di tawan
Usah biar diri ku di sini
Seorang menunggu tanpa teman

Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu
Usah lepaskan

Tak mudah ku melupa segala yang berlalu
Ku ingin selalu bersama mu

Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu di tawan
Usah biar diri ku di sini
Seorang menunggu tanpa teman

Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu

Ku tak peduli apa sebabnya
Engkau dan dia harus bersama
Mendungnya langit bila berkata
Kita patutnya masih bercinta
Usah lepaskan
Usah lepaskan

Yang terindah
Terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu
Sebegitu

Wednesday, December 24, 2008

Luluh........


Menjelmanya 2009. Kali ini ia datang membawa pelbagai emosi dalam hidup saya. Ah..biar lah. Sudah menjadi asam garam setiap khalifah di muka bumi ini.Suka duka, tangis ketawa menjadi lumrah. Tidakkah kita di beri perasaan? Tetapi, pandai kah kita meluahkan? Dapatkan kita merasakannya. Wajarkah kita mengalaminya?

Terfikir saya, apa yang telah terjadi selama 2008? Puas saya memerah otak. Pelbagai imej tampil di dalam otak saya. Seawal tahun ini, saya memang teramat sibuk. Penat tetapi amat gembira. Segalanya mudah. Di kalangan teman, rata-rata menjadi iri dengan saya. Apa tidaknya, hidup dalam dunia yang penuh 'bintang'.

Selama itu, saya menjelajah hampir ke seluruh pelusuk Semenanjung. Pernah suatu hari saya berada di Kuala Terengganu dan keesokannya gigih ke Melaka. Ada ketika, saya berada di Pulau Pinang dan keesokannya saya sudah pun siap bersarapan di Johor. Hari-hari biasa, saya tetap tekun di tingkat 13, Menara OCBC. Semua aktiviti luar hanya berlaku ketika hujung minggu.

Hotel sudah menjadi rumah kedua saya. Beg percuma dari 'Aramis' seakan mahu menjerit kerana selalu sarat dengan baju-baju dan kerap kali digunakan. KLIA sudah muak melihat wajah saya. Maaf, saya belum berpeluang lagi naik Air Asia. Berselisih bahu dengan Siti? Oh, itu sudah biasa. Bertepuk-tampar dengan Misha Omar? Sampai merah tangan ini. Mengutuk Aizat? Kembang-kempis hidungnya. Belum cukup lagi. Saya minum lewat malam bersama Jim Brickman dan Jeff Timmons (98 Degrees) di Concorde Kuala Lumpur. Berbual sehingga matahari sudah terbit. Siapa yang tidak mahu melepaskan peluang sebegini.

Tetapi, saya tidak pernah mahu expose dalam kehidupan ini terlampau. Pernah seketika, sewaktu rakaman Hari Raya Melodi, saya menyorok gara-gara takut muka terpampang di TV. Tapi, ada juga kawan pejabat yang perasan. Saya menolak pelawaan bekerja dengan artis-artis lain kerana apa yang saya lakukan selama ini sekadar memenuhi permintaan sahabat saya. Cukuplah ramai orang sudah mengenali saya. Takut hidup glamour ni. Walaupun dibayar, saya lakukan dengan keikhlasan tanpa mengharap sebarang bayaran. Kelakar juga, saya dibayar untuk menemani orang. Macam 'Social Escort' pula rasanya.

Meriah kan hidup saya? Tetapi dalam kegirangan itu, pernah terselit duka. Dan masih diri diiringi luka. Saya punya keinginan. Saya punya harapan. Tetapi, semua itu tinggal harapan. Ketika ini, saya terasa kehilangan yang amat sangat. Sukar untuk dimengertikan manusia. Dia kata dia menghargai. Tetapi jika hargai, perlukah menyakiti? Dia kata dia menyayangi. Kalau sayang, kenapa perlu ada perasaan pentingkan diri? Dia kata merindui. Kalau rindu, kenapa perlu menyepi diri? Saya sedar yang diri ini tidak dapat memenuhi segalanya. Saya serba kekurangan. Tetapi, perlukah saya diperlaku sebegini. Apa dosa saya sehingga rasa diri dizalimi? Kenapa sehingga kini tidur saya sering terganggu dengan mimpi-mimpinya? Kenapa rasa diri dikhianati? Apa kurangnya saya?

Bukan untuk saya meminta belas simpati. Kadangkala, perasaan sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Bukan tiada teman untuk berbicara, tetapi berkongsi kesedihan diri dengan sahabat bukanlah satu kelebihan saya. Kebiasaan, suara ceria ini akan tetap didengari jika sesiapa menghubungi. Saya patut minta pada Pak Tam (Sinar FM) untuk jadi juruhebah. Kebiasaannya, teman-teman yang berkongsi kisah duka mereka bersama saya. Sewaktu gembira, bayang mereka hilang. Tak apa lah. Mungkin sudah tertulis saya sebegini. Jika ada masalah, datang pada Huzairi. Dia pasti mendengar. Dia pasti menghibur.

Apa yang terjadi, baik gembira, baik derita, pasti ada sebabnya. Kepada yang memperlakukan sebegini, baik kepada saya, atau kepada sekelian insan, saya hanya dapat katakan yang 'Hukum Karma' benar-benar terjadi. What comes around, goes around. Hidup umpama roda. Saya bukan mendendami. Tidak saya berniat untuk membalas atas segala 'jasa' yang diberi. Tidak perlu menyesal, tidak perlu memohon maaf. Mungkin zahir ini merelakan, tetapi batin yang tersiksa belum tentu dapat melupakan segala derita.

Harapan masih harapan. Saya berharap agar mereka semua bangun. Saya berharap agar mentari muncul setelah hujan mencurah dalam hati ini. Saya mengharap munculnya pelangi.

Kedatangan Tahun Hijrah 1430. Munculnya 2009. Azam baru ditanam dalam minda. Saya sudah senaraikan pelbagai. Sokongan kawan-kawan amat diperlukan. Saya menyokong apa jua yang anda semua azami. Sama-sama kita menyokong. Walaupun dunia dikhabarkan akan mengalami keperitan ekonomi yang lebih teruk, harap-harap poket kita tidak terik. Dan saya berharap impian sahabat baik saya untuk membuat tour di Eropah bakal menjadi kenyataan. Dengar khabarnya, Jim Brickman sudah merisik.

Seorang insan menasihati saya "Life is too short to wake up with regrets. Believe everything happens for a reason. If you get a second chance, grab it with both hands. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it"


Selamat Tahun Baru.

p/s ketika ini, penulis berada di Ipoh dengan ahli keluarga bersempena perjumpaan Maal Hijrah 1430. Mendengar Matahariku dan Cinta Ini Membunuhku. Mengharap terjadinya keajaiban. Mungkin sayang ini terlalu tebal .Bodohkah saya?

Just Walk Away

I know I never loved this way before
And no one else has loved me more
With you I've laughed and cried
I have lived and died
What I wouldn't do just to be with you

I know I must forget you and go on
I can't hold back my tears too long
Though life won't be the same
I've got to take the blame
And find the strenght I need to let you go

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know
Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away

There'll never be a moment I'll regret
I've loved you since the day we met
For all the love you gave
And all the love we made
I know I've got to find the strenght to say

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know
Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away

Saturday, December 20, 2008

Hilang

Sudah beberapa kali saya cuba untuk menulis. Selama beberapa kali juga saya terpaksa melupakan niat itu. Kadang-kadang bila hendak menulis, kita perlukan suatu semangat dan perasaan yang excited untuk berkongsi tentang pengalaman dan perasaan kita. Tetapi, ia tiba-tiba hilang.

Siapa yang tidak pernah merasa kehilangan? Semua orang pernah, tetapi samada orang itu ingat atau tidak. Pertama kali saya merasa kehilangan, ialah ketika saya berumur 14 tahun. Terasa jiwa saya direntap-rentap. Saya menangis untuk beberapa hari. Adik yang saya jaga ketika dia dilahirkan pergi buat selamanya ketika umur dia baru menjengah 3 tahun. Hajar merupakan anak bongsu. Setiap kami menyayangi puteri ini seperti menatang minyak yang penuh.

Abah? Dia telah meninggalkan kami 4 tahun yang lalu. Perginya saya deritai sehingga kini. Saya anak abah. Sejak kecil, jika abah kena out-station, pasti saya akan demam. Saya hanya mahu abah yang menjaga saya. Segalanya saya mesti bersama abah. Setiap minggu, ketika hayatnya, dia selalu telefon saya. Tapi, keegoaan seorang abah, baru bercakap dalam 5 minit, dia paksa emak pula bercakap dengan saya. Kalau saya hendak balik kampung, pasti dia akan telefon saya setiap setengah jam. Setiap kali raya, saya seorang yang akan mengikuti dia sembahyang raya bersama-sama. Adik beradik lain akan pergi sendiri. Masa dulu, bila hendak balik kampung untuk beraya, dia akan memandu seorangan ambil saya di sini semata-mata untuk pastikan saya berpeluang beraya bersama keluarga. Bila sampai masa kembali ke Kuala Lumpur, saya dihantar semula. Pernah dia mengambil gambar saya yang disimpan dalam dompet tanpa saya sedari untuk simpanan beliau sendiri. Keakraban kami sering disalah-ertikan oleh abang sulung saya, Sham. Dia selalu kata abah sayang saya seorang saja.

Sham, juga telah tiada. Setahun lalu dia pergi. Sekali lagi saya sekeluarga merasa kehilangan. Anak sulung yang menjadi harapan buat keluarga pergi ketika umur yang masih saya kira amat muda. Banyak pengorbanan yang dibuatnya. Seorang yang pendiam tetapi a bit rebellious. Penyakit darah tinggi yang dihidapinya menjurus kepada kegagalan buat pinggang. Ketika itu, saya lihat begitu dia menderita. Saya merasakan begitu tersiksa melihatnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kini, semua telah tiada. Tiada lagi adik yang dahulunya setia menanti saya pulang dari sekolah di depan pintu. Tiada lagi adik yang begitu berselera makan apabila saya menyuapkannya. Tiada lagi adik yang lena tidur dalam dakapan saya.

Tiada lagi abah yang selalu menghubungi saya tanpa kira masa, tanpa kira hari. Tiada lagi abah yang akan menyelongkar beg saya diam-diam ketika saya tidur. Tiada lagi abah yang akan menarik hidung saya jika saya malas bangun pagi. Tiada lagi abah yang menjadi peneman saya ketika meronda-ronda di kampung. Tiada lagi abah yang akan sentiasa menjadi kawan saya.

Tiada lagi abang yang ketika kecil, kalau kami bergaduh, mukanya pasti saya cakar. Tiada lagi abang yang ketika kecil, saya pasti menyorokkan basikalnya agar dia tidak dapat merayau keluar. Tiada lagi abang yang menjadi teman saya berbelanja di Masjid India ketika musim raya. Tiada lagi abang yang sentiasa menegur saya jika-jika saya lupa akan tanggungjawab sebagai anak.

Ketika semua sudah tiada, barulah saya rasa amat kehilangan. Saya menyesal, ketika hayat mereka masih ada, saya tidak pernah menyatakan yang saya sayang mereka. Kebanyakan hanya berani menyebut "Mak, saya sayang emak".

Kenapa saya tidak pernah hargai mereka ketika hayat masih ada? Kenapa saya tidak pernah ambil kisah? Kenapa saya abaikan semua? Kenapa sudah tiada, baru nak disesali? Baru nak menangis? Kenapa susah untuk menghargai?

Kepada yang masih lagi mempunyai yang tersayang, jangan diabaikan. Masih belum terlewat untuk do the right things. Jangan menyesal dikemudian hari.

Dan kini, saya merasakan kehilangan...sekali lagi....and it's gonna take sometime to recover




Wednesday, December 17, 2008

Matahari??

Pagi tadi saya bersemangat untuk mula bekerja. Setiba di pejabat, nyata saya masih memerlukan rawatan susulan. Nasihat doktor perlu dipatuhi. Saya perlu datang sekali lagi pada Jumaat ini setelah menyarankan saya berehat untuk 2 hari lagi.

Izwan hubungi saya. Dia dan Kak Mas menjemput saya untuk hadiri Majlis Anugerah Libur 2008 di Hotel Concorde, Kuala Lumpur. Jemputan yang saya perlu hadiri. Kebosanan dan kesunyian saya perlu diubati. Lagipun, majlis berlansung pada waktu malam. Bilik hotel disediakan.

Tepat jam 5.00 petang, Izwan sudah berada di bawah. Seperti biasa, kami berdua akan membawa sarat bagasi walaupun masing-masing tidak bercadang untuk over-night di hotel. Setiba di hotel, sempat saya melelapkan mata. Otak saya agak keletihan.

Tepat 8.00 malam, kami berdua sudah bersedia. Majlis anjuran Kumpulan Karangkraf ini khabarnya bakal dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Azalina. Saya dan Izwan hadir atas jemputan event company - Izwan miliki syarikat tersebut khabarnya. Izwan tidak akan menyanyi. Kami semua semeja dengan barisan artis-artis yang dijemput oleh penganjur, antaranya Jac, Aizat (dia marah saya gelar dia Budak Gegar), Akma AF, Aidil AF dan beberapa artis veteran termasuk Salwa Abdul Rahman dan Ayati Tasrip. Bila semua berkumpul, biasanya meja ini pasti menjadi meriah dengan hilai-tawa. Happening juga.

Majlis berjalan lancar walaupun Datuk Azalina tidak muncul - diwakili oleh Setiausaha Kementerian. Sesudah majlis, saya pulang ke bilik. Semua orang-orang penting dari event company datang ke bilik untuk post-moterm. Riuh. Masing-masing memberitahu apa yang tak kena dengan majlis. Pening kepala saya. Hendak tak hendak, terpaksa juga campur bicara dalam perbincangan ini - jadi 'Mat Sibuk'. Mungkin ini ubat sunyi saya.

Sehabis itu, bersambung di coffee house. Di sudut Melting Pot - nama coffee house, kumpulan 'Batak Bank' menghiburkan pengunjung. Nama yang agak kelakar. Tetapi, kumpulan dari Indonesia ini saya akui amat berbakat dan menghiburkan. Pinta saja apa lagu, pasti dipenuhi permintaan anda. Kami semua menyanyi beramai-ramai menghiburkan hati tanpa disedari jam sudah menginjak ke 1.30 pagi.

Ketika kaki melangkah keluar dari Melting Pot, Batak Band menyanyikan lagu Matahariku....

Kegirangan saya terhenti di situ.......saya harus pulang segera.
Saya mahu tidur...cukup!



Matahariku

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, Suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Tuesday, December 16, 2008

Pelangi itu cantik.

Ini kisah mengenai seorang sahabat lama saya. Addy (bukan nama sebenar), bekas graduan IPTA sudah hampir setahun hidup berumah-tangga. Ikatan bersama Azura (juga bukan nama sebenar) atas dasar cinta dilansungkan dalam majlis yang serba sederhana. Azura pada dasarnya agak berusia sedikit dari Addy.

Tetapi, bahtera yang dilayari tidak kekal. Sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Begitu singkat tali ikatan mereka. Addy berusaha untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan itu, tetapi segalanya tidak berjaya. Pernah sekali sewaktu kami berdua menghirup kesegaran kopi di Dome, tiba-tiba dia terpaksa bergegas pulang kerana Azura dikatakan tidak sihat dan dia merasakan Azura memerlukannya. Begitu prihatin dan sayang Addy pada Azura. Tetapi, ia tidak dapat mengubah apa yang terjadi. Mereka masih tidak dapat bersama.

Semua itu berlaku kira-kira 3 bulan yang lalu. Awal jam 3.00 pagi tadi, Addy menghubungi saya. Mujur saya masih terjaga setelah bersembang dengan seorang kawan di telefon sebelum itu. Addy masih lagi terluka. Addy masih lagi kecewa.

Apa yang saya dapat lakukan? Semua telah terjadi. Damage already been done. Saya cuma boleh memberi semangat kepada Addy agar tabah dan teruskan kehidupan. Untuk berpatah balik sesuatu yang impossible. Kenapa perlu mengingati kepada mereka yang tidak pernah menghargai. Kenapa perlu menangis untuk yang tidak lagi menyayangi (lelaki juga menangis ye). Segala yang terjadi ada hikmahnya. Saya berharap agar Addy bersabar dan pasrah atas segalanya. Ambil iktibar. Anggap segala yang terjadi menjadi suatu pengajaran yang amat bermakna untuk dia. Mungkin selepas ini, Addy akan ketemu yang paling berharga. If she is not meant for you, she will never be.

Berkongsi cerita mengenai seorang pensyarah universiti yang menjadi mangsa kanser, saya kagum dengan semangat yang ada pada beliau. Sehingga ke saat-saat akhir, pensyarah tersebut tidak pernah menyesal malah menangisi atas takdir yang terjadi kepada beliau. Beliau hidup seperti biasa, walau kadangkala pergerakan beliau terbatas. Semangat untuk hidup begitu kuat dalam diri beliau.Semangat ini yang saya lihat perlu ada pada semua. Kenapa perlu bersedih?

Kadangkala kita menangis dan menyalahi Tuhan (tanpa kita sedari). Pernah ibu saya berkongsi pendapat dengan saya

"Kadangkala kita marah ketika hujan dan ribut melanda. Tetapi sesudah itu, Tuhan memberikan kita pelangi. Bukankah pelangi itu cantik?"







Monday, December 15, 2008

Antara Kak Rod, Farah dan Aiman...

Seawal pagi sudah menjejakkan kaki di tengah kotaraya. Temujanji dengan doktor terpaksa dipenuhi. Agak malas saya berjalan, tetapi terpaksa. Kalau diturutkan hati, mahu saja terus tidur kerana semalam agak sukar mata dilelapkan.
Dan, lagi 2 hari saya perlu berehat atas saranan doktor. Sebelum itu, sempat saya hubungi kakak kesayangan. Bila kali terakhir kami berjumpa? Setelah berjumpa untuk sarapan di celah-celah lorong terletak di Lebuh Ampang, kami mula bercerita. Ini bukan cerita kosong ye. Saya seperti biasa, pakar dalam mengorek segala cerita. Tapi seperti yang dijanji, kakak, it will always be off the record.
Meneruskan perjalanan, saya ke Sungei Wang Plaza. Atas saranan Feroz, saya mencari kedai optometry. Cermin mata baru perlu dibuat. And there goes my RM400.00 - harga selepas diskaun.
Sementara itu, Farah dan Kak Ngah mengumumkan perjumpaan besok di Pelita Ampang. Jam 9.30 malam wajib hadirkan diri. Kebiaasaan, pukul 10.30 malam, baru masing-masing akan tunjuk batang hidung. Saya sudah masak dengan perangai 'adik-beradik'.
Farah mengadu nasib. Biasalah, orang 'darah manis' ni selalu darah gemuruh. Saya setuju. Ini keputusan yang paling penting dalam hidup dia. Saya mengharapkan yang terbaik untuk adik saya seorang ni. Jika tiada keyakinan, buat apa nak diteruskan. Masih belum terlewat. Kalau Julia Roberts boleh dalam 'Runaway Bride', masakan awak tidak boleh. Betul tak Farah?
Sementara itu, Aiman sebenarnya masih bermurung. Berulang kali saya mengatakan. Kalau anda tidak dihargai, buat apa masih mengharap. Buat apa menunggu. Jangan jadi bodoh kawan....
"Apa you akan buat kalau you berada di dalam situasi I?"
"Of course I will take myself away" tegas saya
"Now look whose talking? As if you never experienced this. And I tahu, you pun sama, tetap buta macam I" terkedu saya.
Betul kah? saya mula terfikir...hmmm..


Bolehkan kami seperti dahulu? Masing-masing sudah bawa haluan sendiri.

Sunday, December 14, 2008

Kahwin??

Semalaman, mata sukar dilelapkan. Macam-macam perkara saya fikirkan. Macam-macam perkara saya impikan. Entah berapa gelas air saya minum kerana tekak terasa kering. Entah berapa batang rokok saya hisap kerana fikiran bercelaru. Sebenarnya saya risau. Risau akan mata yang tak sihat-sihat. Risau akan bebanan kerja yang akan saya hadapi apabila saya melapor balik nanti. Walau apa pun, saya lebih rela pulang bekerja dari terperap di rumah tanpa berbuat apa-apa. Bosan. And this loneliness is killing me.
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Berbekalkan sekotak rokok, sebotol air dan potato chips, saya duduk di depan TV. Saya mencapai DVD 'Sex and The City'. Ini bukan kali pertama saya menonton filem ini. Saya menjadi peminat setia siri ini sejak episod pertama lagi. Dari episod 1 hingga ke 6, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk khayal dengan ideologi barat ini. Mungkin saya sukakan watak-watak dalam siri ini. Siapa yang tidak kenal dengan Carrie, Samantha, Miranda dan Charlotte. Watak-watak yang saya kira dekat dengan hidup saya. Secara amnya, mengisahkan hidup sekumpulan sahabat di awal 30an yang hidup di kota metropolitan mencari arah hidup. Kehidupan sahabat setia yang begitu utuh lagi teguh tali persahabatan mereka hingga menjengah umur 40an. Adakah masih wujud golongan sebegitu?

Pengakhiran cerita, saya labuhkan diri di atas katil saya yang saya rasakan paling empuk dari mana-mana katil pun. Saya biasa tinggal di hotel-hotel sekitar Malaysia. Benar kata mereka, there is nothing like home.

Kesiangan, saya hanya duduk di dalam bilik. Satu hari, hanya berbekalkan roti dan mentega kacang. Oh, tidak dilupakan coklat panas kegemaran. Saya berazam untuk mengurangkan kopi. Pernah suatu ketika, saya seperti Moon, agak addicted with caffein.

Petang itu, Aiman Lee menghubungi. Risau saya dengan perkembangan terbarunya. Alhamdulillah, dia bertambah kuat. Setelah drama yang berlaku hari ini, dia mendapat segala kekuatan untuk meneruskan hidup. Awak bukan menjadi mangsa Aiman. Awak anggap semua terjadi merupakan fasa hidup awak. Saya yakin, yang terbaik bakal mendatang. Things happen for a reason. And believe in karma. Tetapi Aiman, kenapa perlu melihat keburukan di depan mata untuk benar-benar membenci? Salahkan Aiman yang selama ini begitu optimistik? I'm sorry that you have met a wrong person. Bukan salah awak sebenarnya. Kalau kita tahu bala yang bakal melanda, tentu kita sudah elakkan diri sebelum ianya terjadi. Hidup kita memang suatu perjudian.

Panggilan dari Farah begitu menggembirakan. Tak sabar rasanya untuk berkumpul 'adik-beradik' bulan hadapan. Dua orang 'adik-beradik' kami akan berkahwin. Kami semua dijangka berkampung di Pahang. Tapi Farah, things were not like before. Saya mengharapkan kemeriahan akan terjadi seperti sebelumnya. Saya akui, saya rindukan semua itu. Hakikatnya, masing-masing sudah dewasa dan masing-masing punya hala tuju hidup sendiri.

Dan Farah, jika saya hadirkan diri, janganlah minta hadiah, sebab kehadiran saya merupakan hadiah yang paling bermakna. Kalau saya kahwin, awak pastikan membeli hadiah yang paling berharga sebab ia akan diabadikan sebagai benda 8 perkara ajaib dunia... and this message goes to every friends of mine.

Saturday, December 13, 2008

23 or 33?

Masih lagi terbaring. Saya rasa seakan seperti dikuarantin di hospital. Tidak boleh keluar seperti selalu. Hari ini sahaja, saya terpaksa melepaskan banyak peluang. Hari ini merupakan Annual Dinner untuk divisyen saya. Hari ini juga saya sepatutnya berada di Awana Kijal untuk majlis resepsi perkahwinan kakak kawan saya, di mana seluruh sahabat-sahabat lama berkumpul. Hari ini juga saya diajak keluar oleh Zarina. Hendak shopping kat Ikea katanya.

"Sorry Zarin, I'm still on bed. This conjuctivitis is really killing me. I don't feel at ease at all!!!" adu saya

"Siapa yang kau intai hah!!?" gurau Zarin.

"Bodohlah dia ni. Kalau saya mengintai orang, mata saya tumbuh ketumbit. Bukan merah!!" sergah saya.

Hilaian tawa Zarin menyebabkan saya lupa akan sakit ini. Bila sakit-sakit macam ini, kadang-kadang terasa juga paranoidnya. Macam-macam kami bualkan. Bukan selalu kami berhubung. Maklumlah, Purchasing Manager Avon ni selalu sibuk. Hari ini Maizun juga menelefon. Bising perempuan tu bila saya tidak pergi ke majlis perkahwinan anak saudara dia 2 minggu yang lalu. Kalau ikutkan, mesti ramai yang sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyerang saya. Menghadirkan diri ke kenduri kahwin dan open house hari Raya, bukan suatu yang favourite. Maaf ye semua.

Di luar, Naizam sedang asyik menonton Sehati Berdansa. Juga bukan favourite.

Petang tadi, sebelum Maghrib, saya gagahi diri pergi ke The Store. Saya mengagak yang saya yang keadaan saya tidak akan sembuh sehingga ke hujung minggu. So, I decided to replenish my groceries. Dalam keadaan rabun yang dahsyat, terpaksa menyeberang jalan yang sentiasa sibuk. Maklumlah, Pandan Indah.

"Kau ni, ada kat Pandan ke atau ada kat Awana?" Masyuk telefon untuk pastikan samada saya pergi ke Annual Dinner tu atau tidak. Dia memang agak anti-sosial dalam hal hadirkan diri ke event macam ini. Melainkan jika ada 'kaki' yang sekepala dengan dia.

Bermacam benda yang saya beli. Stok macam besok ada curfew. Segalanya berkhasiat. Orang kata, if you eat healthy, you stay healthy...konon.

Sebelum itu, saya minta maaf pada Zarin. Dear, Happy Belated Birthday ye. This will be your 33rd ok. Not 23rd as what you always said. Well, if you are really 23, I'll be 13 then. Deal? However, it's just a number my friend. Ultimately, life must always be graceful...

Zarin (tengah) ketika zaman belajar. This is when she at 23

Friday, December 12, 2008

Kesian Aiman Lee

Awal-awal pagi lagi saya keluar. Tanpa memakai contact lense, saya gigih jua untuk keluar. Saya hubungi Azlin sewaktu berada di dalam LRT.

"Syuk, minta Ivy sign medical slip. Saya kena sambung MC lagi ni. Nanti sampai Menara, saya telefon awak lagi" pinta saya.

One more day MC. Ubat ditambah. Saya menerima SMS dari sepupu saya, Zubairi. Nak pinjam duit lagi. Terus saya berjalan dari Jalan Ampang menuju CIMB Bank Jalan Tun Perak untuk deposit duit. Kesian pada adik saya seorang ini. Selalu ada masalah. Selepas itu, saya menaiki LRT untuk ke Pasar Seni. Road Tax perlu di courier ke Ipoh. Payah, tapi mesti disiapkan semua hari ini juga. Saya seakan seorang buta berkeliaran di bandar.

Sesampai rumah, saya membungkus makanan untuk makan tengahari. Setelah itu, sambung tidur sehingga ke petang hari. Saya masih ingat janji saya pada Alan. Tolong hantar dia ke KLIA. Jam 8.30 malam, dia sudah terpacak depan pintu.

"Laa..kenapa tak bagitau yang you sakit"

Alan, kalau saya bagitau pun, siapa lagi yang boleh bantu awak saat-saat akhir ini. Perjalanan ke KLIA yang saya lupa berapa lama, begitu lancar. Dalam perjalanan pulang, entah macam mana saya boleh tersesat sampai ke bandar Nilai. Tak pernah saya sesat. Ini bukan ini kali pertama saya ke KLIA. Apa sudah jadi dengan saya? Redah punya redah, sampai juga ke rumah.

Sampai ke rumah, saya berehat lagi. Nak bergayut, 'sayang' seorang tu pergi clubbing dengan kawan-kawan dia.

"Hey, enjoy eh. Jaga diri tau"
Selepas kebosanan menonton TV, saya upload gambar-gambar yang diambil petang tadi ke dalam Facebook.

"Muka-muka bangun tidur" ketawa kecil saya ketika gambar telah dimasukkan. Saya cuba untuk menulis. Tiba-tiba, telefon saya berdering.

"Eh. Lama sudah dia tidak telefon. Kenapa ye?" bisik hati saya sebelum menjawab panggilan.

Jam sudah pukul 2.00 pagi. Aiman Lee muncul di depan pintu. Dalam keadaan lemah, dia masuk. Mata dia merah, berair.....

Thursday, December 11, 2008

Di Lemma


Seharian duduk di rumah amat membosankan. Apa yang saya buat? Tidur, makan, telan ubat dan akhirnya menonton TV sampai muntah. Saya tak boleh nak menonton TV dalam keadaan macam ini. Mata saya sebenarnya rabun. Sudah lebih 10 tahun saya memakai kanta lekap dan tidak pernah sekali saya mempunyai cermin mata. Apabila mata sakit, kanta lekap tidak boleh di 'lekap' di mata, jurus saya seperti orang buta di rumah sendiri. Baru saya tahu macam mana keadaan orang-orang buta yang bekerja di pejabat saya. Pernah sekali, saya ubah kedudukan pokok di pintu masuk pejabat. Hasilnya, salah seorang mereka terlanggar pintu itu. Maafkan saya Teck Koon. Saya memang nakal.

Kenakalan saya kadang-kadang melampau. Ada ketikanya, saya suka melihat budak-budak kecil menangis hasil sakatan saya. Bila dah menangis, masa tu baru gatal-gatal nak pujuk buat muka rasa bersalah. Kalau sesiapa pernah tonton kartun Dennis the Menace, saya rasa watak itu Dennis bersesuaian dengan saya. Pernah suatu ketika dulu, saya menolak anak jiran saya dari pokok sehingga patah tangan. Bila pulang, sewaktu mengadap mak dan abah, saya menafikan sekeras-kerasnya. Penafian tidak bermakna juga. Akhirnya, tetap dilibas kaki saya dengan rotan.

Tetapi kenakalan saya ada batasnya. Apabila meningkat dewasa, saya mula berfikir secara matang. Akan tetapi, tetap ada saki-baki perangai lama yang tanpa disedari, saya tetap lakukan.

Kebelakangan ini, saya lihat remaja sekarang tetap nakal apabila meningkat dewasa. Anasir-anasir seperti bohsia, mat rempit, pil-pil-pil khayal sudah menjadi perkara biasa. Yang menyedihkan, kebanyakan berlaku di kalangan bangsa saya sendiri. Salah siapa semua itu. Adakah salah ibu bapa mendidik?

Ibu sibuk bershopping di Pavillion dan KLCC mahu pun Starhill. Mereka lebih peka akan perubahan trend-trend terkini daripada perubahan anak masing-masing. Kalau boleh si ibu mahu dapatkan design terkini dari label-label yang terkemuka. Ibu mahu glamour agar wajah boleh terpampang di GLAM atau In-Trend. Yang si ayah pula sibuk dengan GRO, sibuk mengejar pangkat, sibuk dengan politik.

Masing-masing dengan dunia sendiri. Masing-masing menjadi hamba dunia. Mungkin pada pendapat mereka, biar keluarga berjaya. Agar potret keluarga boleh diabadikan dalam Malaysian Tatler. Anak yang gagal dalam pelajaran, boleh dihantar ke universiti swasta. Ijazah boleh dibeli. Yang penting, duit ada. Tapi bagaimana pula jika anak itu gagal dalam hidup?

Wednesday, December 10, 2008

Terbaring Lesu

Seperti biasa bangun awal. Selepas selesai mandi, sarapan hari ini cuma oat segera dan hot chocolate. Ubat saya ambil seperti saranan Dr Labi.

Begitu juga tengahari. Makanan perlu dijamah sebelum menelan ubat. And my lunch for today is the most delicious 3 in 1 Cadbury Hot Chocolate bersama oat segera. Setelah itu, ubat ditelan.

Setiap kali setelah menelan ubat-ubat, saya pasti tertidur. Entah untuk ke berapa kali, saya terjaga dan hanya meminum air masak. Perut kelaparan. Apa daya. Hidup bujang, macam ini gaya nya.

Untuk makan malam, agak istimewa. Oat segera beserta 3 in 1 Cadbury Hot Chocolate dan mentega kacang. Sedap sungguh. Untuk esok, setelah di amati isi kandungan fridge, saya bercadang untuk meratah jem strawberi pula (mentega kacang dah habis).





mentega kacang yang dihabiskan hari ini

Sakit Mata

Pagi itu saya bangun seawal 5.30 pagi. Entah kenapa, saya terus ke dapur dan menghabiskan tinggalan makanan yang Shah bawa. Hey Shah! Mama you mesti bangga bila dapat tahu ni. Sedap sangat. Bangun dari tidur, terus teringat pada masakan mama you. Jarang sangat saya mengambil makan berat awal-awal pagi. Yang kelakar, setelah habis makan, saya sambung tidur semula. Ini bukan mengigau. Saya ingat segala apa yang saya buat.

Jam 7.30 pagi, saya bangun bersiap untuk ke pejabat.

"Hmm..mata ni masih merah laa" lalu saya mencapai Optrex dengan harapan ia akan kembali seperti sediakala.

Sampai di pejabat, segala teguran pagi dari semua tidak saya endahkan. Mungkin mood saya tak baik seperti biasa. Sakit di mata membuatkan saya rasa rimas. Awal-awal saya dah beri amaran pada Kak Norliah supaya jangan ganggu saya satu hari. Saya perlukan kosentrasi. Kalau diikutkan hati, saya hendak pergi ke klinik dan ambil cuti sakit. Malangnya, Azlin dan Sariza masih bercuti. Siapa hendak uruskan tugas harian saya?

Hari ini memang amat berat. Dalam keadaan sakit, saya paksa diri untuk terus bekerja. Kumpulan Sime Darby Berhad telah menghantar bayaran sebanyak RM21 juta sebagai dividen untuk diagihkan kepada client kami. Bgitu juga bayaran telah kami terima dari M3nergy Berhad untuk tujuan yang sama. Kebiasaan, tugas ini tidak menjadi masalah. Tapi entah apa jadi pada sistem, segalanya kena saya buat secara manual. Malangnya nasib...

"Sorry Moon. Saya memang tak boleh join our lunch meeting" saya tak larat. Saya penat. Saya busy tahap gila ni. Segalanya saya buat sendirian. Muka saya semakin mencuka. Tee pun takut nak tegur saya. Semua orang di jabatan saya faham sangat dengan saya. Jangan diganggu kalau saya dalam keadaan begini. Apa yang ada di minda saya ialah supaya semua tugas saya dapat disiapkan sebelum waktu sepatutnya dan saya dapat pergi ke klinik untuk ambil ubat.

Jam 4.30 petang semua sudah siap. Hampir siap.... Alhamdulillah. Saya minta kebenaran dari Ivy untuk pergi ke klinik. Luar langit nampak mendung. Sampai di klinik Kumpulan Medic, saya mendaftar dan terus menunggu untuk dirawat.

Lupa pulak nama doktor yang merawat saya. Lelaki Melayu separuh abad itu amat kelakar bagi saya.

"Awak ni kena conjuctivitis" Gaya pertuturan dia mengingatkan saya kepada filem Labu Labi. Maaf, saya lupa nama pelakon itu, tetapi dia membawakan watak Labi. Setelah selesai dirawat, sementara menunggu ubat, saya terdengar suara doktor menyanyi lagu Azizah. Sungguh notalgia. Saya yakin, Dr Labi (gelaran saya berikan untuk dia) seorang yang ceria dan enjoy dengan kerjanya.

Di luar, hujan semakin lebat. Saya terperangkap di klinik. Lalu, saya singgah di restoran sebelah klinik untuk minum. Memandagkan saya tidak sempat untuk makan tengahari tadi, saya mengambil 2 ketul ubi rebus untuk makan dicicah bersama kelapa parut bergula. Sedap juga menikmati makanan macam ini waktu hujan. Setelah selesai makan, cuaca diluar seakan tidak membenarkan saya pulang ke pejabat. Saya mesti pulang.

Wang RM1.20 digunakan sebagai modal untuk pulang ke pejabat. Saya memilih akhbar The Star untuk dijadikan perlindungan dari hujan. Mungkin sebab akhbar itu agak tebal muka suranya. Saya berlari ke pajabat dalam keadaan basah. Jika tidak ada perindungan, pasti lagi teruk saya. Sampai di pejabat, saya menyiapkan lagi kerja-kerja yang tergendala.

"Ivy, I'll be on MC for 2 days. Be back on Friday" yakin saya. Dia paksa saya pulang segera. Tapi, saya berdegil. Saya tak mahu orang lain susah kerana saya. Saya mesti siapkan segalanya hari ini juga.

Sebelum pulang, saya sempat hubung Anida. Puding coklat hasil air tangan Moon tak akan saya siakan. Dan saya tak akan beri peluang Anida menikmati semua puding itu sorang-sorang. Jangan tamak ye Anida...hehehe

"Saya dah ada kat bawah Wisma Lee Rubber ni. Cepat laa turun" tak sabar rasanya ingin menikmati puding yang hangat diperkatakan dalam Facebook itu.

Sampai di rumah, saya terus mandi. Oat menjadi makanan malam saya. Setelah makan ubat, kepala seakan di awangan. Saya tertidur. Entah untuk berapa lama, saya terjaga. Di handphone saya, saya menerima mesej

"Seorang sahabat adalah insan dapat mendengarkan lagu di dalam hati kita dan akan menyanyikan kembali tatkala kita lupa akan bait-baitnya"

Apa maksud awak Farah?
Sariza masih lagi bercuti

Monday, December 8, 2008

Aidil Adha


Salam Aidil Adha.

Tahun ini saya menyambut Aidiladha di Kuala Lumpur. Ini bukanlah pertama kali saya tidak menyambut bersama keluarga. Pernah suatu ketika pada 1996, saya tidak pulang menyambut Aidilfitri atas sebab-sebab tugas. Kali ini saya tidak berkesempatan pulang atas sebab-sebab yang kalau ditulis, mungkin 3 helaian surat kajang belum tentu mencukupi. Arrgh...hidup manusia penuh beralasan.

Pagi tadi saya bangun seawal 7.00 pagi. Mungkin disebabkan oleh alarm clock saya. Setelah membuat panggilan wajib buat emak di Ipoh, saya menyambung tidur sampai jam lebih kurang 11.00 pagi. There goes my sembahyang sunat. Setelah siap bersarapan bersama rakan serumah saya,Naizam, di kedai mamak berdekatan, kami bercadang untuk hanya duduk di rumah sambil menonton TV. Tiada aktiviti yang datang ke minda kami.

Izwan berulang kali telefon mengajak saya datang ke rumah untuk beraya. Satu-satunya sahabat saya yang tahu dan ambil berat akan diri saya.

"You takde show ke hari ni Wan?"
"Rie, kalau Raya Haji, kat TV, show-show nasyid jer laaa.." balas Izwan.

Aku terpaksa menolak pelawaan Izwan kerana semalam lagi Shah telah berjanji untuk membawa lauk-pauk yang dimasak oleh mama dia. Thanks Shah Mikhael... I really appreciate it. Sedap mak you masak. Kalau ada sesiapa complain, jom kita santau dia...

Petang itu, saya dan Shah pergi menonton wayang di Cheras Leisure Mall.

"Terasa macam orang dulu-dulu kan? Bila raya je, tengok wayang"
"Ha ah. Tapi yang lain nye, you and I tak pakai baju Melayu" Shah menjawab.

Kami memilih lokasi ini kerana untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Faham-faham saja KL. Bila cuti am, kesesakan lalu-lintas boleh menyebabkan kami mati cepat.Filem yang kami pilih, Twilight. Saya agak teruja untuk menonton filem ini semenjak saya menonton trailer nya sebelum ini. Tetapi, apa yang saya dapat rumuskan, plot filem ini agak ringan. Terlampau ringan. Lansung tidak memberi kesan apa-apa kepada kami. Saya mengharapkan cerita ini mempunyai pengakhiran yang penuh dengan emosi. Saya tidak menyesal memilihnya, tetapi lebih baik saya menonton Transporter 3 atau filem lain.

Pulang dari menonton wayang, saya dan Shah pulang ke rumah. Kami hanya melepak di rumah sehingga jam 9.00 malam apabila Shah memohon untuk berundur pulang ke Shah Alam.
Bila Shah pulang, saya teringat pada mak lagi sekali. Dicapai telefon.
"Mak, nanti adik balik ye. Kali ni je adik tak beraya ngan mak. Adik janji. Ini kali terakhir mak. Adik mintak maaf sangat" janji saya.
Kesian kat mak. Tahun ni hanya mak ngan adik saja yang beraya di Ipoh...dan di masa hadapan, ia tidak akan berulang lagi.

Sunday, December 7, 2008

Kenangan?

Setelah seharian kebosanan di rumah, aku menghubungi kawan lama aku Izal dan akhirnya dia bersetuju untuk datang ke rumah aku.

"Aku datang rumah kau pukul 10 malam" janji Izal.

Kami menjadi sahabat untuk suatu tempoh yang agak lama. 12 tahun bukan suatu tempoh yang pendek. Selama bersahabat, tidak pernah kami berselisih pendapat lansung, apatah lagi untuk bertengkar sehingga memutuskan persahabatan.

"Izal tu soulless" arwah Zack pernah berkata.

Memang benar kata arwah. Izal tidak pernah ambil serious tentang perkara yang remeh. Izal amat menyenangkan.

Kami duduk bersembang di kedai La-Zeez, Pandan Indah selama 5 jam berbual kosong. Mungkin bagi sesetengah orang akan berpendapat kami hanya membuang masa. Lama kami berdua tidak pernah duduk berbual sebegini sejak perginya arwah Zack. Kali terakhir kami duduk lepak bersama kira-kira 8 bulan yang lalu.

Banyak perkara yang kami bualkan. Segalanya berkenaan aktiviti terkini kami. Pasal family masing-masing. Jarang dapat kami lakukan aktiviti ini memandangkan masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri. Malah, selama tempoh tidak berjumpa, kami tidak pernah pula berhubung melalui telefon dan e-mail.

Kadang-kadang aku rindukan masa lalu. Sewaktu remaja, kami banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan lain. Kami berlima berkumpul di satu gerai mamak terletak di Taman Seraya, Ampang hampir setiap malam. Walaupun tidak tinggal serumah, ianya seakan satu komitmen kami. Gathering harian ini berlarutan sehingga ke lewat malam. Manakala pada hujung minggu, Hard Rock Cafe menjadi tempat kami bersuka-ria. Keakraban kami seakan adik-beradik. Kalau diingatkan semula, banyak perkara yang terjadi. Agak kelakar kadang-kadang bila teringat kisah lama. Bukan mudah menempuh hidup remaja.

Kini Gadap dan Ikhwan masing-masing mempunyai keluarga sendiri. Hanya yang tinggal aku dan Izal. Jika arwah Zack masih hidup......

Bersama Ikhwan dan Gadap di Pulau Tioman.