Wednesday, December 17, 2008

Matahari??

Pagi tadi saya bersemangat untuk mula bekerja. Setiba di pejabat, nyata saya masih memerlukan rawatan susulan. Nasihat doktor perlu dipatuhi. Saya perlu datang sekali lagi pada Jumaat ini setelah menyarankan saya berehat untuk 2 hari lagi.

Izwan hubungi saya. Dia dan Kak Mas menjemput saya untuk hadiri Majlis Anugerah Libur 2008 di Hotel Concorde, Kuala Lumpur. Jemputan yang saya perlu hadiri. Kebosanan dan kesunyian saya perlu diubati. Lagipun, majlis berlansung pada waktu malam. Bilik hotel disediakan.

Tepat jam 5.00 petang, Izwan sudah berada di bawah. Seperti biasa, kami berdua akan membawa sarat bagasi walaupun masing-masing tidak bercadang untuk over-night di hotel. Setiba di hotel, sempat saya melelapkan mata. Otak saya agak keletihan.

Tepat 8.00 malam, kami berdua sudah bersedia. Majlis anjuran Kumpulan Karangkraf ini khabarnya bakal dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Azalina. Saya dan Izwan hadir atas jemputan event company - Izwan miliki syarikat tersebut khabarnya. Izwan tidak akan menyanyi. Kami semua semeja dengan barisan artis-artis yang dijemput oleh penganjur, antaranya Jac, Aizat (dia marah saya gelar dia Budak Gegar), Akma AF, Aidil AF dan beberapa artis veteran termasuk Salwa Abdul Rahman dan Ayati Tasrip. Bila semua berkumpul, biasanya meja ini pasti menjadi meriah dengan hilai-tawa. Happening juga.

Majlis berjalan lancar walaupun Datuk Azalina tidak muncul - diwakili oleh Setiausaha Kementerian. Sesudah majlis, saya pulang ke bilik. Semua orang-orang penting dari event company datang ke bilik untuk post-moterm. Riuh. Masing-masing memberitahu apa yang tak kena dengan majlis. Pening kepala saya. Hendak tak hendak, terpaksa juga campur bicara dalam perbincangan ini - jadi 'Mat Sibuk'. Mungkin ini ubat sunyi saya.

Sehabis itu, bersambung di coffee house. Di sudut Melting Pot - nama coffee house, kumpulan 'Batak Bank' menghiburkan pengunjung. Nama yang agak kelakar. Tetapi, kumpulan dari Indonesia ini saya akui amat berbakat dan menghiburkan. Pinta saja apa lagu, pasti dipenuhi permintaan anda. Kami semua menyanyi beramai-ramai menghiburkan hati tanpa disedari jam sudah menginjak ke 1.30 pagi.

Ketika kaki melangkah keluar dari Melting Pot, Batak Band menyanyikan lagu Matahariku....

Kegirangan saya terhenti di situ.......saya harus pulang segera.
Saya mahu tidur...cukup!



Matahariku

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, Suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

No comments: