Tuesday, December 16, 2008

Pelangi itu cantik.

Ini kisah mengenai seorang sahabat lama saya. Addy (bukan nama sebenar), bekas graduan IPTA sudah hampir setahun hidup berumah-tangga. Ikatan bersama Azura (juga bukan nama sebenar) atas dasar cinta dilansungkan dalam majlis yang serba sederhana. Azura pada dasarnya agak berusia sedikit dari Addy.

Tetapi, bahtera yang dilayari tidak kekal. Sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Begitu singkat tali ikatan mereka. Addy berusaha untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan itu, tetapi segalanya tidak berjaya. Pernah sekali sewaktu kami berdua menghirup kesegaran kopi di Dome, tiba-tiba dia terpaksa bergegas pulang kerana Azura dikatakan tidak sihat dan dia merasakan Azura memerlukannya. Begitu prihatin dan sayang Addy pada Azura. Tetapi, ia tidak dapat mengubah apa yang terjadi. Mereka masih tidak dapat bersama.

Semua itu berlaku kira-kira 3 bulan yang lalu. Awal jam 3.00 pagi tadi, Addy menghubungi saya. Mujur saya masih terjaga setelah bersembang dengan seorang kawan di telefon sebelum itu. Addy masih lagi terluka. Addy masih lagi kecewa.

Apa yang saya dapat lakukan? Semua telah terjadi. Damage already been done. Saya cuma boleh memberi semangat kepada Addy agar tabah dan teruskan kehidupan. Untuk berpatah balik sesuatu yang impossible. Kenapa perlu mengingati kepada mereka yang tidak pernah menghargai. Kenapa perlu menangis untuk yang tidak lagi menyayangi (lelaki juga menangis ye). Segala yang terjadi ada hikmahnya. Saya berharap agar Addy bersabar dan pasrah atas segalanya. Ambil iktibar. Anggap segala yang terjadi menjadi suatu pengajaran yang amat bermakna untuk dia. Mungkin selepas ini, Addy akan ketemu yang paling berharga. If she is not meant for you, she will never be.

Berkongsi cerita mengenai seorang pensyarah universiti yang menjadi mangsa kanser, saya kagum dengan semangat yang ada pada beliau. Sehingga ke saat-saat akhir, pensyarah tersebut tidak pernah menyesal malah menangisi atas takdir yang terjadi kepada beliau. Beliau hidup seperti biasa, walau kadangkala pergerakan beliau terbatas. Semangat untuk hidup begitu kuat dalam diri beliau.Semangat ini yang saya lihat perlu ada pada semua. Kenapa perlu bersedih?

Kadangkala kita menangis dan menyalahi Tuhan (tanpa kita sedari). Pernah ibu saya berkongsi pendapat dengan saya

"Kadangkala kita marah ketika hujan dan ribut melanda. Tetapi sesudah itu, Tuhan memberikan kita pelangi. Bukankah pelangi itu cantik?"







No comments: