Thursday, December 11, 2008

Di Lemma


Seharian duduk di rumah amat membosankan. Apa yang saya buat? Tidur, makan, telan ubat dan akhirnya menonton TV sampai muntah. Saya tak boleh nak menonton TV dalam keadaan macam ini. Mata saya sebenarnya rabun. Sudah lebih 10 tahun saya memakai kanta lekap dan tidak pernah sekali saya mempunyai cermin mata. Apabila mata sakit, kanta lekap tidak boleh di 'lekap' di mata, jurus saya seperti orang buta di rumah sendiri. Baru saya tahu macam mana keadaan orang-orang buta yang bekerja di pejabat saya. Pernah sekali, saya ubah kedudukan pokok di pintu masuk pejabat. Hasilnya, salah seorang mereka terlanggar pintu itu. Maafkan saya Teck Koon. Saya memang nakal.

Kenakalan saya kadang-kadang melampau. Ada ketikanya, saya suka melihat budak-budak kecil menangis hasil sakatan saya. Bila dah menangis, masa tu baru gatal-gatal nak pujuk buat muka rasa bersalah. Kalau sesiapa pernah tonton kartun Dennis the Menace, saya rasa watak itu Dennis bersesuaian dengan saya. Pernah suatu ketika dulu, saya menolak anak jiran saya dari pokok sehingga patah tangan. Bila pulang, sewaktu mengadap mak dan abah, saya menafikan sekeras-kerasnya. Penafian tidak bermakna juga. Akhirnya, tetap dilibas kaki saya dengan rotan.

Tetapi kenakalan saya ada batasnya. Apabila meningkat dewasa, saya mula berfikir secara matang. Akan tetapi, tetap ada saki-baki perangai lama yang tanpa disedari, saya tetap lakukan.

Kebelakangan ini, saya lihat remaja sekarang tetap nakal apabila meningkat dewasa. Anasir-anasir seperti bohsia, mat rempit, pil-pil-pil khayal sudah menjadi perkara biasa. Yang menyedihkan, kebanyakan berlaku di kalangan bangsa saya sendiri. Salah siapa semua itu. Adakah salah ibu bapa mendidik?

Ibu sibuk bershopping di Pavillion dan KLCC mahu pun Starhill. Mereka lebih peka akan perubahan trend-trend terkini daripada perubahan anak masing-masing. Kalau boleh si ibu mahu dapatkan design terkini dari label-label yang terkemuka. Ibu mahu glamour agar wajah boleh terpampang di GLAM atau In-Trend. Yang si ayah pula sibuk dengan GRO, sibuk mengejar pangkat, sibuk dengan politik.

Masing-masing dengan dunia sendiri. Masing-masing menjadi hamba dunia. Mungkin pada pendapat mereka, biar keluarga berjaya. Agar potret keluarga boleh diabadikan dalam Malaysian Tatler. Anak yang gagal dalam pelajaran, boleh dihantar ke universiti swasta. Ijazah boleh dibeli. Yang penting, duit ada. Tapi bagaimana pula jika anak itu gagal dalam hidup?

1 comment:

shah mikhael said...

nape xbgtahu yg abg muntah semlm??
risau shah bile baca blog ni tau..


yela
mak pown nk glamour kn leh kuar dalam magazine..
biar si suami tahu yg si isteri juga punya asset dan kecantikan luaran seperti GRO yang di kejar itu..