Saturday, December 20, 2008

Hilang

Sudah beberapa kali saya cuba untuk menulis. Selama beberapa kali juga saya terpaksa melupakan niat itu. Kadang-kadang bila hendak menulis, kita perlukan suatu semangat dan perasaan yang excited untuk berkongsi tentang pengalaman dan perasaan kita. Tetapi, ia tiba-tiba hilang.

Siapa yang tidak pernah merasa kehilangan? Semua orang pernah, tetapi samada orang itu ingat atau tidak. Pertama kali saya merasa kehilangan, ialah ketika saya berumur 14 tahun. Terasa jiwa saya direntap-rentap. Saya menangis untuk beberapa hari. Adik yang saya jaga ketika dia dilahirkan pergi buat selamanya ketika umur dia baru menjengah 3 tahun. Hajar merupakan anak bongsu. Setiap kami menyayangi puteri ini seperti menatang minyak yang penuh.

Abah? Dia telah meninggalkan kami 4 tahun yang lalu. Perginya saya deritai sehingga kini. Saya anak abah. Sejak kecil, jika abah kena out-station, pasti saya akan demam. Saya hanya mahu abah yang menjaga saya. Segalanya saya mesti bersama abah. Setiap minggu, ketika hayatnya, dia selalu telefon saya. Tapi, keegoaan seorang abah, baru bercakap dalam 5 minit, dia paksa emak pula bercakap dengan saya. Kalau saya hendak balik kampung, pasti dia akan telefon saya setiap setengah jam. Setiap kali raya, saya seorang yang akan mengikuti dia sembahyang raya bersama-sama. Adik beradik lain akan pergi sendiri. Masa dulu, bila hendak balik kampung untuk beraya, dia akan memandu seorangan ambil saya di sini semata-mata untuk pastikan saya berpeluang beraya bersama keluarga. Bila sampai masa kembali ke Kuala Lumpur, saya dihantar semula. Pernah dia mengambil gambar saya yang disimpan dalam dompet tanpa saya sedari untuk simpanan beliau sendiri. Keakraban kami sering disalah-ertikan oleh abang sulung saya, Sham. Dia selalu kata abah sayang saya seorang saja.

Sham, juga telah tiada. Setahun lalu dia pergi. Sekali lagi saya sekeluarga merasa kehilangan. Anak sulung yang menjadi harapan buat keluarga pergi ketika umur yang masih saya kira amat muda. Banyak pengorbanan yang dibuatnya. Seorang yang pendiam tetapi a bit rebellious. Penyakit darah tinggi yang dihidapinya menjurus kepada kegagalan buat pinggang. Ketika itu, saya lihat begitu dia menderita. Saya merasakan begitu tersiksa melihatnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kini, semua telah tiada. Tiada lagi adik yang dahulunya setia menanti saya pulang dari sekolah di depan pintu. Tiada lagi adik yang begitu berselera makan apabila saya menyuapkannya. Tiada lagi adik yang lena tidur dalam dakapan saya.

Tiada lagi abah yang selalu menghubungi saya tanpa kira masa, tanpa kira hari. Tiada lagi abah yang akan menyelongkar beg saya diam-diam ketika saya tidur. Tiada lagi abah yang akan menarik hidung saya jika saya malas bangun pagi. Tiada lagi abah yang menjadi peneman saya ketika meronda-ronda di kampung. Tiada lagi abah yang akan sentiasa menjadi kawan saya.

Tiada lagi abang yang ketika kecil, kalau kami bergaduh, mukanya pasti saya cakar. Tiada lagi abang yang ketika kecil, saya pasti menyorokkan basikalnya agar dia tidak dapat merayau keluar. Tiada lagi abang yang menjadi teman saya berbelanja di Masjid India ketika musim raya. Tiada lagi abang yang sentiasa menegur saya jika-jika saya lupa akan tanggungjawab sebagai anak.

Ketika semua sudah tiada, barulah saya rasa amat kehilangan. Saya menyesal, ketika hayat mereka masih ada, saya tidak pernah menyatakan yang saya sayang mereka. Kebanyakan hanya berani menyebut "Mak, saya sayang emak".

Kenapa saya tidak pernah hargai mereka ketika hayat masih ada? Kenapa saya tidak pernah ambil kisah? Kenapa saya abaikan semua? Kenapa sudah tiada, baru nak disesali? Baru nak menangis? Kenapa susah untuk menghargai?

Kepada yang masih lagi mempunyai yang tersayang, jangan diabaikan. Masih belum terlewat untuk do the right things. Jangan menyesal dikemudian hari.

Dan kini, saya merasakan kehilangan...sekali lagi....and it's gonna take sometime to recover




8 comments:

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

Bagitu la adat kehidupan ini.. kita akan menghargainya bila kita dah kehilangannya.

enufff said.. u better appreciate me now! hahahahahahaha

Warna-warna said...

Moon, kalau saya tak hargai awak, i won't be your ears darling...
i appreciate everything what u've done to me...in fact i always tell good thing bout u to others...
I appreciate our friendship...

Er Lang said...

as in my previous entry...appreciate present, let go past...and to luk forward for future......
y u havent add as follower to my blog??? sia-sia jadik ex-housmate ko yang terbaik!!!!! dulu, kini,dan selamanya!!!!

shah mikhael said...

i hope u getting better k abg.
u wouldnt lost me.
i'll be ur good adik.

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

huhuhuhu.. i'm touched..

buyuiazliana said...

so touching!be strong my friend..n refer to ur comment on the secret..i suggest u to find d book..n u'll know how it works!

Malay Rhapsody said...

hilang itu adalah seri pada sesuatu yang ada....
kerana manusia sentiasa akan mengingati yang hilang lebih dr yg ada di depan mata sendiri...

Warna-warna said...

bila dah hilang baru nak ingat...nampak sangat kebanyakan manusia susah untuk menghargai...