Monday, December 8, 2008

Aidil Adha


Salam Aidil Adha.

Tahun ini saya menyambut Aidiladha di Kuala Lumpur. Ini bukanlah pertama kali saya tidak menyambut bersama keluarga. Pernah suatu ketika pada 1996, saya tidak pulang menyambut Aidilfitri atas sebab-sebab tugas. Kali ini saya tidak berkesempatan pulang atas sebab-sebab yang kalau ditulis, mungkin 3 helaian surat kajang belum tentu mencukupi. Arrgh...hidup manusia penuh beralasan.

Pagi tadi saya bangun seawal 7.00 pagi. Mungkin disebabkan oleh alarm clock saya. Setelah membuat panggilan wajib buat emak di Ipoh, saya menyambung tidur sampai jam lebih kurang 11.00 pagi. There goes my sembahyang sunat. Setelah siap bersarapan bersama rakan serumah saya,Naizam, di kedai mamak berdekatan, kami bercadang untuk hanya duduk di rumah sambil menonton TV. Tiada aktiviti yang datang ke minda kami.

Izwan berulang kali telefon mengajak saya datang ke rumah untuk beraya. Satu-satunya sahabat saya yang tahu dan ambil berat akan diri saya.

"You takde show ke hari ni Wan?"
"Rie, kalau Raya Haji, kat TV, show-show nasyid jer laaa.." balas Izwan.

Aku terpaksa menolak pelawaan Izwan kerana semalam lagi Shah telah berjanji untuk membawa lauk-pauk yang dimasak oleh mama dia. Thanks Shah Mikhael... I really appreciate it. Sedap mak you masak. Kalau ada sesiapa complain, jom kita santau dia...

Petang itu, saya dan Shah pergi menonton wayang di Cheras Leisure Mall.

"Terasa macam orang dulu-dulu kan? Bila raya je, tengok wayang"
"Ha ah. Tapi yang lain nye, you and I tak pakai baju Melayu" Shah menjawab.

Kami memilih lokasi ini kerana untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Faham-faham saja KL. Bila cuti am, kesesakan lalu-lintas boleh menyebabkan kami mati cepat.Filem yang kami pilih, Twilight. Saya agak teruja untuk menonton filem ini semenjak saya menonton trailer nya sebelum ini. Tetapi, apa yang saya dapat rumuskan, plot filem ini agak ringan. Terlampau ringan. Lansung tidak memberi kesan apa-apa kepada kami. Saya mengharapkan cerita ini mempunyai pengakhiran yang penuh dengan emosi. Saya tidak menyesal memilihnya, tetapi lebih baik saya menonton Transporter 3 atau filem lain.

Pulang dari menonton wayang, saya dan Shah pulang ke rumah. Kami hanya melepak di rumah sehingga jam 9.00 malam apabila Shah memohon untuk berundur pulang ke Shah Alam.
Bila Shah pulang, saya teringat pada mak lagi sekali. Dicapai telefon.
"Mak, nanti adik balik ye. Kali ni je adik tak beraya ngan mak. Adik janji. Ini kali terakhir mak. Adik mintak maaf sangat" janji saya.
Kesian kat mak. Tahun ni hanya mak ngan adik saja yang beraya di Ipoh...dan di masa hadapan, ia tidak akan berulang lagi.

No comments: