Friday, February 13, 2009

Februari 2009 - Terima Kasih Sayang


Aah..besok merupakan Hari Valentine. Entah bila agaknya kali terakhir saya menerima hadiah bersempena sambutan itu. Sejujurnya, tidak pernah terlintas untuk menyambut 'hari' yang dinanti itu. Malah untuk menerima hadiah, amat jauh sekali. Kami adik-beradik tidak pernah menerima hadiah, termasuk sempena harijadi kami lantaran keadaan ekonomi keluarga yang tidak begitu kukuh. Kami dididik sebegini. Jadi, apa pun perayaan, kecuali Hari Raya, kami sekeluarga tidak pernah meraikannya.

Saya pernah menerima hadiah dari yang tersayang. Itu mungkin 5 tahun yang lalu. Walaupun tidak begitu mengharap, kejutan itu membuat saya teruja. Sesiapa sahaja yang mengalami sebegini, setentunya gembira. Kan?

Tengahari tadi, sekitar Masjid Jamik, terlihat sekumpulan remaja menjual kuntuman ros di jalanan. Entah berapa agaknya harga sekuntum bunga yang hampir layu gara-gara cuaca yang agak kepanasan hari ini. Lewat petang, beberapa meja di pejabat dibanjiri jambangan bunga-bunga indah. Bertuahnya mereka. Dicintai. Dikasihi

Di dada-dada akhbar, artikel Valentine ditulis dengan begitu halus sekali. Berwarna-warni. Begitu media menggambarkan Valentine disambut penuh keceriaan dan keindahan. Besar betul pengaruh mereka. Saya sedikit sebanyak terpedaya. Mahu saja rasanya naik LRT ke Sogo untuk melihat apa-apa hadiah untuk yang teristimewa. Sehinggalah langkah terhenti kerana saya pernah membantah sambutan ini gara-gara ia bertentangan dengan akidah. Hey, bukan saya hendak menunjuk yang saya seorang yang alim. Tapi, kalau boleh dikurangkan dosa, why not?

Kalau dah sayang, tak perlu tunggu Valentine. Kenapa saja tidak luahkan rasa cinta itu minggu lepas? Kenapa tidak saja dibelikan hadiah itu bulan depan. Jika ada kemampuan, berikan kejutan untuk si dia tiap-tiap bulan. Pasti bertambah sayang si dia pada kamu. Dan jika dia ikhlas sayang pada kamu, sekeping kad tanda kasih pasti amat dihargainya. Tidak semestinya kad Valentine yang dia nanti.

Mendengar melodi dendangan Jim Brickman begitu melalaikan. Begitu mengasyikkan.

My Destiny
What if I never knew
What if I never found you
I never had this feeling in my heart


How did this come to be
I don't know how you found me
But from the moment I saw you
Deep inside my heart I knew

Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I'll give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny

I wanted someone like you
Someone that I could hold on to
And give my love until the end of time

But forever was just a word
Something I'd only heard about
But now you're always there for me
When you say forever I believe

Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I'll give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny

Maybe all we need
Is just a little faith
Cuz baby I believe
That love will find a way

Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I'll give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny

4 comments:

jejaka anggun said...

valentine itu satu tanda untuk mengucapkan rasa kasih pada insan yang kita cinta.

tapi valentine aku nampaknya tiada erti tahun ini. entahlah.

shah mikhael said...

si dia wtpe?

Warna-warna said...

Shaz, bukan kah kamu sentiasa bersama si dia? Kamu sepatutnya mensyukuri kerana sentiasa bersama orang yang disayangi.

Shah, si dia telah menghantar MMS dan tiba-tiba muncul di pintu rumah...I was so grateful that time...

iftiey said...

ya..appreciate the person we have..