Sunday, December 14, 2008

Kahwin??

Semalaman, mata sukar dilelapkan. Macam-macam perkara saya fikirkan. Macam-macam perkara saya impikan. Entah berapa gelas air saya minum kerana tekak terasa kering. Entah berapa batang rokok saya hisap kerana fikiran bercelaru. Sebenarnya saya risau. Risau akan mata yang tak sihat-sihat. Risau akan bebanan kerja yang akan saya hadapi apabila saya melapor balik nanti. Walau apa pun, saya lebih rela pulang bekerja dari terperap di rumah tanpa berbuat apa-apa. Bosan. And this loneliness is killing me.
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Berbekalkan sekotak rokok, sebotol air dan potato chips, saya duduk di depan TV. Saya mencapai DVD 'Sex and The City'. Ini bukan kali pertama saya menonton filem ini. Saya menjadi peminat setia siri ini sejak episod pertama lagi. Dari episod 1 hingga ke 6, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk khayal dengan ideologi barat ini. Mungkin saya sukakan watak-watak dalam siri ini. Siapa yang tidak kenal dengan Carrie, Samantha, Miranda dan Charlotte. Watak-watak yang saya kira dekat dengan hidup saya. Secara amnya, mengisahkan hidup sekumpulan sahabat di awal 30an yang hidup di kota metropolitan mencari arah hidup. Kehidupan sahabat setia yang begitu utuh lagi teguh tali persahabatan mereka hingga menjengah umur 40an. Adakah masih wujud golongan sebegitu?

Pengakhiran cerita, saya labuhkan diri di atas katil saya yang saya rasakan paling empuk dari mana-mana katil pun. Saya biasa tinggal di hotel-hotel sekitar Malaysia. Benar kata mereka, there is nothing like home.

Kesiangan, saya hanya duduk di dalam bilik. Satu hari, hanya berbekalkan roti dan mentega kacang. Oh, tidak dilupakan coklat panas kegemaran. Saya berazam untuk mengurangkan kopi. Pernah suatu ketika, saya seperti Moon, agak addicted with caffein.

Petang itu, Aiman Lee menghubungi. Risau saya dengan perkembangan terbarunya. Alhamdulillah, dia bertambah kuat. Setelah drama yang berlaku hari ini, dia mendapat segala kekuatan untuk meneruskan hidup. Awak bukan menjadi mangsa Aiman. Awak anggap semua terjadi merupakan fasa hidup awak. Saya yakin, yang terbaik bakal mendatang. Things happen for a reason. And believe in karma. Tetapi Aiman, kenapa perlu melihat keburukan di depan mata untuk benar-benar membenci? Salahkan Aiman yang selama ini begitu optimistik? I'm sorry that you have met a wrong person. Bukan salah awak sebenarnya. Kalau kita tahu bala yang bakal melanda, tentu kita sudah elakkan diri sebelum ianya terjadi. Hidup kita memang suatu perjudian.

Panggilan dari Farah begitu menggembirakan. Tak sabar rasanya untuk berkumpul 'adik-beradik' bulan hadapan. Dua orang 'adik-beradik' kami akan berkahwin. Kami semua dijangka berkampung di Pahang. Tapi Farah, things were not like before. Saya mengharapkan kemeriahan akan terjadi seperti sebelumnya. Saya akui, saya rindukan semua itu. Hakikatnya, masing-masing sudah dewasa dan masing-masing punya hala tuju hidup sendiri.

Dan Farah, jika saya hadirkan diri, janganlah minta hadiah, sebab kehadiran saya merupakan hadiah yang paling bermakna. Kalau saya kahwin, awak pastikan membeli hadiah yang paling berharga sebab ia akan diabadikan sebagai benda 8 perkara ajaib dunia... and this message goes to every friends of mine.

1 comment:

Mikhael KS said...

bilakah saat kahwin itu??