Sunday, December 7, 2008

Kenangan?

Setelah seharian kebosanan di rumah, aku menghubungi kawan lama aku Izal dan akhirnya dia bersetuju untuk datang ke rumah aku.

"Aku datang rumah kau pukul 10 malam" janji Izal.

Kami menjadi sahabat untuk suatu tempoh yang agak lama. 12 tahun bukan suatu tempoh yang pendek. Selama bersahabat, tidak pernah kami berselisih pendapat lansung, apatah lagi untuk bertengkar sehingga memutuskan persahabatan.

"Izal tu soulless" arwah Zack pernah berkata.

Memang benar kata arwah. Izal tidak pernah ambil serious tentang perkara yang remeh. Izal amat menyenangkan.

Kami duduk bersembang di kedai La-Zeez, Pandan Indah selama 5 jam berbual kosong. Mungkin bagi sesetengah orang akan berpendapat kami hanya membuang masa. Lama kami berdua tidak pernah duduk berbual sebegini sejak perginya arwah Zack. Kali terakhir kami duduk lepak bersama kira-kira 8 bulan yang lalu.

Banyak perkara yang kami bualkan. Segalanya berkenaan aktiviti terkini kami. Pasal family masing-masing. Jarang dapat kami lakukan aktiviti ini memandangkan masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri. Malah, selama tempoh tidak berjumpa, kami tidak pernah pula berhubung melalui telefon dan e-mail.

Kadang-kadang aku rindukan masa lalu. Sewaktu remaja, kami banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan lain. Kami berlima berkumpul di satu gerai mamak terletak di Taman Seraya, Ampang hampir setiap malam. Walaupun tidak tinggal serumah, ianya seakan satu komitmen kami. Gathering harian ini berlarutan sehingga ke lewat malam. Manakala pada hujung minggu, Hard Rock Cafe menjadi tempat kami bersuka-ria. Keakraban kami seakan adik-beradik. Kalau diingatkan semula, banyak perkara yang terjadi. Agak kelakar kadang-kadang bila teringat kisah lama. Bukan mudah menempuh hidup remaja.

Kini Gadap dan Ikhwan masing-masing mempunyai keluarga sendiri. Hanya yang tinggal aku dan Izal. Jika arwah Zack masih hidup......

Bersama Ikhwan dan Gadap di Pulau Tioman.

1 comment:

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

waaahhh dah ada blog.. hepi blogging dude!